Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia dengan keras mengkritik laporan terbaharu PBB yang menyalahkan Damysik di atas serangan gas di Idlib pada April lalu dengan menyifatkan laporan itu sebagai "cetek dan tidak profesional."
"Kami percaya bahawa laporan itu sebenarnya cetek, tidak profesional dan bersifat amatur," kata ketua Bahagian Keselamatan dan Perlucutan Senjata di Kementerian Luar Rusia, Mikhail Ulyanov pada hari Khamis.
"(Pasukan) Misi (PBB) itu melaksanakan kajian mereka dari jarak jauh yang mana perkara itu sendiri sebuah skandal," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya 87 orang terbunuh pada 4 April lepas di dalam sebuah serangan senjata kimia di Khan Shaykhun. Kuasa Barat dengan pantas meletakkan kesalahan ke atas pentadbiran Damsyik.
A.S sendiri dengan menggunakan serangan itu sebagai alasan telah melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk daripada dua buah kapal perang mereka yang beroperasi di Luat Mediterranean. Kesemua peluru berpandu itu disasarkan ke atas lapangan udara Shayrat yang terletak di wilayah Homs. A.S tanpa menunggu kesimpulan siasatan pasukan antarabangsa menuduh bahawa serangan kimia tersebut dilancarkan dari lapangan udara tersebut.
9 Orang terbunuh berikutan serangan peluru berpandu A.S di lapangan udara Shayrat, lapor agensi berita rasmi Syria, SANA.
Presiden Syria, Bashar Assad berkata di dalam sebuah temu ramah dengan agensi berita Sputnik bahawa insiden serangan kimia itu adalah sebuah operasi 'bendera palsu" pihak tertentu untuk membenarkan serangan ke atas pangkalan udara Shayrat.
Beliau juga percaya bahawa Barat berusaha untuk menghalang sebuah misi yang tidak berat sebelah di dalam menyiasat serangan kimia itu.
Panel bersama Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dan PBB sebelum ini membuat kesimpulan dengan meletakkan kesalahan ke atas pentadbiran Damsyik dengan menuduh tentera udara Syria telah melancarkan sebutir bom di Khan Shaykhun.
Rusia dan Syria membalas dengan mengatakan bahawa sebuah bahan letupan telah diletupkan dari darat.
Ulyanov pada hari Khamis berkata bahawa kemungkinan besar gas Sarin telah disiram di atas rekahan yang diakibatkan oleh bom tersebut. -ABNA24
/315
2 November 2017 - 17:39
News ID: 864185
Rusia dengan keras mengkritik laporan terbaharu PBB yang menyalahkan Damysik di atas serangan gas di Idlib pada April lalu dengan menyifatkan laporan itu sebagai "cetek dan tidak profesional."